04 Januari, 2010

Menziarahi Makam Panglima Pidie

Keramat Merupakan satu pekuburan Islam yang terletak di Puncak Bukit Gedung (Bukit China). Di Puncak bukit tersebut terdapat sejumlah perkuburan Islam di mana Batu nisanya dibuat dari batu granit. Dua daripada perkuburan tersebut merupakan kubur panjang dan keramat panjang mengambil nama sempena keadaan kubur tersebut.

Adalah dipercayai salah satu makam tersebut merupakan Makam Panglima Pidi, Pahlawan Acheh yang terkoborban bersama Syamsuddin Al Sumatrani semasa peperangan di Antara Acheh dengan Fortugis di Melaka. Pada suatu masa dahulu kawasan keramat ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan untuk membayar niat atau nazar. walau bagaiamanapun kegiatan tersebut tidak lagi diamalkan ketika ini. Kewujudan perkuburan dan Makam Keramat Panjang di Puncak bukit ini membuktikan ianya telah wujud sebelum kawasan persekitarannnya dijadikan sebagai tanah pekuburan Cina yang terbesar di Melaka pada satu masa dahulu. Ianya wajar dipelihara dan dikekalkan berterusan untuk tatapan generasi akan datang ......

2 komentar:

  1. Menurut satu blog, tulisan datuk ruhanie ahmad, makam tun mamat juga,
    Ada diatas bukit ini, adakah salah satu dari 2 makam itu, miliknya ! ?

    BalasHapus
  2. Saya telah menghitung semua makam Islam yang ada bersama dengan makam panglima Pidie berjumlah 9 makam. Kunjungan saya ke Bukut Cina ini tgl 20-1-2019.

    BalasHapus